Tuesday, 8 January 2013

Hari orientasi Prasekolah 2013

Assalammualaikum.... agak terlambat untuk cikgu menceritakan tentang Hari Orientasi Prasekolah yang berlangsung pada 28hb Disember tahun lalu.. Agak meriah dengan kehadiran para pelajar dan ibu bapa. Tak kurang juga dengan guru-guru dan warga Sk Felda Bukit Puchong yang turut membantu dan mengadakan Hari Orientasi bagi pelajar tahun 1.
         Alhamdullillah, segala-galanya berjalan dengan baik dan lancar. Kehadiran Guru Besar, Pn Hajah Hikmah turut memberi suntikan semangat kepada guru-guru, murid dan ibu bapa malah beliau juga sempat memperkenalkan program i-Think yang baru diperkenalkan di SKBP ini. Taklimat berlangsung dengan pertanyaan-pertanyaan mengenai Prasekolah dan juga peraturan-peraturan yang seharusnya mendapat perhatian ibu bapa.
            Mesyuarat PEWARIS juga dilaksanakan pada hari yang sama untuk memilik ahli jawatankuasa untuk sesi 2013 malah sempat juga kami berbincang mengenai aktiviti-aktiviti tahun yang akan dilaksana pada sesi 2013. Seperti tahun yang sudah2, Al-Farabi masih diteraju oleh kaum2 ibu sebagai ajk PEWARIS. Namun jangan dipandang remeh kerana tahun lalu dengan kedrat dan tenaga kaum ibu lah yang mampu mengubah keceriaan Al-Farabi....

No comments:

Post a Comment